Bio
Apa itu PEDi?
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) ditubuhkan dibawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertujuan untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan
yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi Klebang Besar, Melaka mula beroperasi pada 23 Oktober 2013 (Rabu) dalam memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT seperti komputer, fotokopi dan penyambungan internet.
03 Oktober 2022 (Isnin)
Hamizah Razalli, Rakan Digital (RD) dilantik bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK)
PUPUK adalah Program bawah kelolaan dibawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dimana inisiatif menyeluruh untuk menggalakkan usahawan mikro menceburi perniagaan dalam talian menerusi platform e-dagang bagi menyokong ekonomi digital negara.
Program RD PEDi Klebang Besar
Web Design dengan Canva
Membantu usahawan membina website sendiri dengan Canva.
KHIDMAT NASIHAT ASAS PERNIAGAAN
RD PEDi Klebang menawarkan khidmat nasihat dan latihan secara percuma.
Mereka Bentuk Logo Perniagaan
Membantu usahawan mereka sendiri logo perniagaan mereka.
Berperanan memperkasakan aktiviti ekonomi digital dengan membangunkan kemahiran penggunaan Internet serta meningkatkan penglibatan e-dagang.
Ia melibatkan kerjasama strategik antara penyedia platform digital, syarikat telekomunikasi DIGI serta Rakan Digital Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk memperkasakan dan membantu usahawan luar bandar terlibat dalam ekonomi digital.
Kerjasama Rakan Digital PEDi Klebang bersama Hub Pengeluaran Produk Usahawan Asnaf MAIM
Tujuan kerjasama ini adalah untuk membincangkan tentang membantu dan memberi kesedaran kepada golongan asnaf dan B40 di sekitar Melaka.
Kerjasama Rakan Digital PEDi Klebang bersama YB Parlimen Tangga Batu Melaka, Tuan Haji Bakri Jamaluddin
Tujuan kerjasama ini adalah untuk membincangkan tentang kursus latihan bimbingan keusahawanan kepada masyarakat setempat terutama kepada usahawan mikro di Tangga Batu.
Perancangan RD PEDi dan YB agar dapat menjalankan kursus latihan pendigitalan perniagaan secara percuma agar usahawan Tangga Batu dapat berdaya saing dalam menghadapi norma baharu pembeliaan atas talian.
Kerjasama Rakan Digital PEDi Klebang bersama PERKESO Negeri Melaka
Menerusi Program Impak Sosial Komuniti Hub Pengeluaran Produk Usahawan Asnaf MAIM dengan PEDi Klebang dan PERKESO Negeri Melaka menjalankan satu taklimat caruman PERKESO Skim SKSPS bagi golongan bekerja sendiri atau berniaga.
Kerjasama Rakan Digital PEDi Klebang bersama Usahawan Shopee
Puan Suziana Fairoz adalah usahawan yang aktif berniaga diatas talian yang menggunakan platform Shoppe dalam menjalankan perniagaannya. Dengan kerjasama RD PEDi Klebang, Puan Suziana bersetuju untuk menyampaikan latihan bagaimana menjual di Shopee secara PERCUMA.
Jom Support Usahawan Tempatan
Saya membantu perniagaan untuk membina brand dan identiti perniagaan yang jelas dan berdaya saing.
Sertai Kami PEDi Klebang Besar
Daftar ahli
Alamat
Balai Khidmat Masyarakat, JKKK Klebang Besar, 75250, Klebang, Melaka
Phone / whatapps
+6 011-6224 3099
miza.rdklebangbesar@gmail.com
hamizah_rpklebang@digicbc.com